Sekarang jam sudah tepat pukul 4 pagi. Mata gua masih membulat mengadap laptop. Gua bukan suka-suka berjaga, bukan juga sebab nak jadi orang pertama yang dengar ayam berkokok pagi ni (walhal kat sini mane ade ayam, anjing banyak laa). Sebenarnya, gua sedang bersenggama, bersenggama dengan thesis gua nih. Gua perlukan ayat bunga-bunga cinta dan indah-indah untuk menghasilkan thesis yang sedap di baca oleh sesapa yang sudi nak baca laaa. Kalau boleh gua nak pembaca tuh tangkap leleh bila baca hasil tulisan gua nih. Bukan itu jek, malah pembaca tuh juga berdekak seorang diri, bukan kerana kebangangan tulisan gua nih tapi kerana seronok sangat membaca hasil karang gua nih seolah-olah penulisan gua adalah majalah Ujang, pergh!! Tinggi jugak gua punye angan-angan kan?
Tapi kalau gua terus berangan dan tak siapkan jugak thesis gua nih, maka gua dah boleh diumpamakan sebagai Mat Jenin. Gua bukan minat sangat kat Mat Jenin tuh.
Eloklah gua berwudhuk dulu dan berdoa semoga ilham menulis thesis datang lebih banyak dari ilham menulis blog gua yang penuh karutan nih.
Doakan kesejahteraan otak kiri dan otak kanan gua ye kawan-kawan.
p/s: Gua rindu korang suma, jangan pikir gua lupe kawan lak ye. :D