Sunday, November 21, 2010

kehilangan

masa aku taip entry ni...mata aku sambil-sambil jeling-jeling tivi siaran cite korea...tapi cakap melayu...bunyik dia buat aku rasa nak hentak tivi kuat-kuat...naseb baik astro..buleh alih suara balik..

----------------------------------------------------------------

tepat pukul 12.20 tengah hari aku dan pensyarah dari perak langsung bergerak ke The Mines...hari Jumaat...rehat 2 jam..aku memang dah pasang niat kemas-kemas nak main game lumba kereta Daytona..dah 2-3 tahun gak la aku rase tak main...rindu gila..bagai pungguk rindukan bulan..

tapi papehal perut mesti bagi penuh dulu..kengkonon plan nak makan kat foodcourt jek...dah nama pon plan...nampak Kepsi terus masuk lane beratur nak order...kami makan bukan berdua jek..berlapan...meriah tak meriah...ade lagi 6 orang gang tambahan..

sempat syosyial lebih kurang...main game Daytona pon seround jek...kalo aku datang sorang-sorang nak main berbelas round pon tak kesah...ni tumpang orang...tak sopan pulak aku rase nak buat orang tunggu aku lame-lame..aku kan orang yang bersopan..reputasi kene jaga..

dalam otak memang dah sedap set nak terus gi solat zohor sejurus jek sampai opis...tapi tulah...iman dalam diri tak berapa nak teguh lagi..kalo dah ngadap laptop,leka jadinye...baca itulah..baca inilah...langsung terbabas niat murni dalam diri..tengok-tengok jam dah 3.30 ptg..kalo mak aku tau memang kene nasihat 7 hari 7 malam tak abes...

lepas aku sedar jam dah pukul 3.30..aku terus lincah ke surau...siap sedia dengan wudhu'..aku cari unipom solat aku kat rak..

"eh...kemana pulak unipom solat aku nih..seingat aku..aku takde bungkus bawak balik. Ni dah kire hairan nih", aku dah start bebel sorang-sorang..

aku capai 3230 terus taip mesej kat pensyarah dari perak..

"gua pinjam unipom solat lu eh...gua punye unipom solat kehilangan...pontianak curik agaknye...nak bertaubat mungkin..hehehe.."

message sent!!

yahooooo...ooooo (ringtone 3230 tanda ade mesej masuk)

"haaa...gune la..gua tak kesah"

----------------------------------------------------------------

dalam pukul 5 petang...

yahooooooooo...ooooooooooooooo (ade mesej lagi)

"Gua sudah lupa lu punya telekung. Gua sudah basuh guna sabun DAIA..itu softener tarak letak..sbb itu stok sudah abis..gua mau gerak balik kampung..lu punye telekung ari selasa la",

mesej dari sape?rahsiaaaa...hihi

segera aku balas

"ooooo...gua ingat pontianak amik..hihi...xpe...gua ade spare..hati-hati balik ke kampung"

p/s: kata ganti nama diri pertama untuk sesi bermesej diubah untuk bacaan yang lebih santaiii...hehe...

1 comment:

Anonymous said...

hahahah.. ngok