Wednesday, March 10, 2010

Berjayakah?

diri semakin malas..semakin tidak selesa
akan diri sendiri yang 'level' malasnya
semakin menjadi-jadi..seperti cendawan
tumbuh selepas hujan..sungguh segar bukan?
apa pasal dengan kau ni wahai tuan tanah?

tidak ada jawapan untuk soalan tersebut..

terasa diri kurang motivasi untuk
melakukan aktiviti harian dan aktiviti
mingguan..aku jua kurang mengerti..

hari demi hari cuba untuk 'menggali'
semangat dalam diri sendiri..tapi cuma
usaha yang tiada hasilnya..

bagaimana?


hari-hari cuba meng'google' akan
kata-kata atau ayat-ayat motivasi
yang boleh membuat semangat aku ini
'menjerit semula' dan kembali semangat untuk
melakukan apa sahaja, perkara suka
mahupun tidak suka..tidak menghiraukan
akan pandangan orang lain, yang penting
diri ini 'enjoy' dengan aktiviti yang akan lakukan
atau bakal lakukan..

tapi masih tidak menemui kata-kata
yang sesuai..arghhhh!!!..kadang kala
ada rasa putus asa dalam diri untuk
meneruskan apa yang sedang berlangsung..

diri masih dibelenggu kekeliruan,
kerisauan dan ketidak selesaan..

apa yang perlu dilakukan?

diri perlu kembali mencari kekuatan
dan keyakinan dalaman..mungkin
harus muhasabah diri..yaa..
muhasabah diri..cuba mencari akan
kekurangan dan kelebihan yang ada
dalam diri tuan tanah..

Berjayakah?

Doakan kesuksesan tuan tanah..

InsyaAllah..

taking care..

No comments: