Thursday, March 11, 2010

Musim mengawan..

Ujung minggu ni aku akan pulang ke JB lagi..
musim cuti sekolah juga boleh dikategorikan
sebagai 'musim mengawan'...banyak undangan
perkahwinan yang memerlukan aku untuk hadir...
haha..macam lah penting sangat tuan tanah ni kan..

rakan-rakan sekolah menengah aku, bukan seorang ye,
tapi 4 orang telah menjadikan tarikh 14 Mac
sebagai tarikh perkahwinan diorang..korang ni,
bersepakatlah sikit kalo nak langsung..dah susah
aku nak undangkan diri..antara 4 orang rakan tu,
hanya 2 jek yang mampu untuk aku hadir..
lagi 2 tuh agak sukar untuk aku hadir, agak jauh
rumah korang...minta maaf ye..

hujung minggu lepas pon aku hadirkan diri
ke majlis rakan sekolah menengah aku di Ampang.
meriah kerana dapat bertemu kembali sahabat
handai yang sudah lama kehilangan hubungan..
ada yang sudah bersuami, ada yang sudah beranak,
nasib baik belom ada yang dapat menantu...hahaha..

cukup meriah bila terkenang kembali kami di zaman
persekolahan..kami memang rapat, mungkin
kerana sekolah kami yang tidaklah begitu ramai muridnya
dan agak mudah untuk mengenali setiap orang yang ada..
semua tu menjadi kenangan dan sejarah kehidupan yang
tidak mungkin berputar kembali..yang berputar hanyalah
otak tuan tanah yang semakin pening dengan kehidupan beliau..

sekian..tulisan yang ditulis disebabkan atas tiada sebab dan
ditulis kerana saja-saja nak tulis..haha..

taking care..

Sedikit gambar dari kenduri kahwen Wan Sunia..





hanya aku seorang junior di situ..hehe


p/s: Baru mendapat berita kembalinya seorang rakan ke
rahmatullah..Rabiatul Adawiyah (GEMS Desaru) disebabkan
denggi berdarah..
semoga rohnya dicucuri rahmat.. Al-Fatihah

1 comment:

idi said...

kirim salam pada senior ye.. hehehe