Monday, May 31, 2010

kekejaman si Israel jahanam..



PEMBUNUHAN TERBUKA DI LAUT LEPAS

Dunia Menjadi Saksi Atas Kekejaman Dan Sikap Keganasan Israel Di Perairan Antarabangsa Laut Mediterranean
KUALA LUMPUR, Mei 31 – PERBUATAN jijik dan amat memalukan yang dilakukan oleh rejim Israel pada hari ini dengan mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu.
HALUAN Malaysia selaku ketua NGO delegasi Malaysia ke LL4G dengan ini mengajak seluruh lapisan masyarakat, tidak kira kaum ataupun agama, agar segera mengutuk dan mencela Israel atas sikap kurang ajar mereka ke atas pelayaran damai (Freedom Flotilla) yang membawa barangan keperluan hidup harian kepada penduduk Gaza yang semakin terhimpit dek tekanan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan oleh rejim Israel di bawah pemimpin-pemimpin mereka yang mendapat dokongan kuat Amerika Syarikat dan Britain.
“Kami ingin menegaskan bahawa penindasan Israel ke atas rakyat Palestin dan kini pembunuhan terbuka di atas kapal penumpang “MV Mavi Marmara” dengan penggunaan peluru hidup ke atas penumpang yang sedang tidur telah menzahirkan sikap ganas Israel yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan mahupun undang-undang maritim antarabangsa yang menegaskan bahawa tiada suatu negara pun berhak bertindak sewenang-wenangnya di perairan antarabangsa. Jelaslah Israel telah bertindak ala samseng dunia. Kini satu dunia mengutuk Israel dan konco-konconya,” tegas Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman, Presiden HALUAN Malaysia.
“Kami ingin menegaskan bahawa seluruh penduduk dunia yang diwakili oleh para sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dari lebih 50 buah negara yang berada di atas kapal tersebut itu, mengutuk sikap Apartheid yang ditunjukkan Israel itu sebagai satu tindakan yang amat kejam. Israel telah sedar bahawa modus operandinya selama ini untuk decimate ataupun meluluhkan bilangan rakyat sah warga Palestin daripada tanah tumpah darah mereka sendiri sebagai suatu tindakan bangsa yang bangkrap adab, akhlak, idea dan tamadun. Israel sudah tahu bahawa sudah ada gerakan antarabangsa yang kini sedang menjadi arus penentangan ke atas polisi luarnya yang amat menindas dan amat tidak berperikemanusiaan. Dakwaan mereka sebagai negara “underdog” yang dikepungi negara-negara Islam sudahpun lapuk dan kini Israel mahu mempamerkan yang ia mampu berlagak samseng di mata dunia untuk melangsungkan agenda kejinya itu. Ketahuilah, bahawa warga dunia tidak akan berpeluk tubuh terhadap sikap Apartheid Israel itu. Dunia TIDAK akan memaafkan Israel,” ujarnya lagi.
Pada bulan April yang lepas, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman menegaskan di dalam suatu sidang akhbar bahawa penglibatan HALUAN di dalam misi LL4G ini adalah untuk “expose to the public the crimes which is being inflicted by the Zionist Israel regime and its allies upon the citizens of Gaza and the Palestinian Nation as a whole”. Kini, buktinya telahpun jelas lagi nyata.
Rejim Israel mengisytiharkan bahawa permusuhan mereka bukan hanya kepada orang Islam tetapi semua bangsa dan agama yang menentang agenda zionisnya. Sebab itulah tanpa rasa malu mereka telah memusnahkan masjid, gereja, hospital, sekolah, universiti, kompleks pentadbiran, stesen janakuasa elektrik, tadahan air minuman dan semua yang diperlukan untuk kelangsungan hidup.

Rejim ganas ini PERLU disekat oleh kita semua, rakyat Malaysia.
HALUAN dengan ini menegaskan bahawa kami melalui gabungan semua NGO dan badan-badan lain yang menentang sikap degil dan kejam Zionis Israel akan “Bersatu Untuk Palestin”. Kami menyeru semua lapisan rakyat Malaysia agar menulis surat atau emel kepada Duta Besar Amerika, Britain dan Mesir di Malaysia untuk menyatakan solidariti kita menentang sikap mereka yang menyokong bangsa dan negara Israel yang terang-terangan amat keji itu.
Akhirnya kami memohon dan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya berdoa dan bermunajat kepada Allah agar menyelamatkan semua sukarelawan yang menyertai LL4G dan menghancurkan Israel laknatullah.

sumber: http://www.lifeline4gaza.org/2010/05/31/kenyataan-media-haluan-malaysia/ http://haluanpalestin.haluan.org.my/?p=3859

capek banget..

aku mmg sedang capek banget....tu jek nak gtau...

p/s:sedang ngemas sambil faraid barangan..~malasnye lahai..

Thursday, May 27, 2010

mase dah time...

Tataaaaaaaaaaa!!!!!!!.....

mase untuk gerakkkk...keeeee...... KLIA...

taking care lin...~ (aku tulis ni sbb ko suruh)..hehee..

.................. sekian........................


p/s:nape sume org macam bwk brg byk jek (sungguh padat dan padu beg mereka)..aku nye beg mcm kempis jek.. ????

masa untuk berlibur...


jeng...jeng..jeng..
ape itu berlibur?ntah..
tapi..dorg ckp berlibur tu maksudnye bercuti..
kalo dorg tipu...mksdnye aku tipu korang la..hehehe..

Gambar (maaf kurang jelas) di atas adelah jadual penerbangan aku...
Alhamdulillah..
inilah namenye rejeki...perliburan (percutian) yang ditaja..
maka..arini lah aku akan berangkat ke Bandung...

Berikut adalah acara-acara yang dirancang ketika di sana..


kalo bace acara di atas...shopping saje kerjanya...
oooo..lupe nk bgtau...aku bukan penyoping orgnya..
rugikah?erm..bergantung...siapa yg menilai...
janji aku bahagia...agak2 tertarik...pasti aku beli...
hehehee..sekian...

oh ye..kawan aku pesan bawak pulang bibik untuknye...
siape lagi kawan aku kalo bukan si pendek zorro tuh..hahaha..
kalo aku jumpe..akan aku bawak pulang khas utk ko zorro..
bibik yang ala ala gadis litar..mau?pasti ko mau bukan..hahahaa
oklah..taking care...berjumpa lagi di lain bulan..~june..

doakan kami selamat pergi dan pulang ye.. :D

Selamat Hari Wesak dan Selamat Berlibur semua..~ewah..

p/s: kene dtg opis berbaju formal (ade lawatan sambil belajar dari menteri Cambodia katenye)..~maka..secara formal ah aku berlibur..hehe

Wednesday, May 26, 2010

indah iramanya...

arini aku kije kat tingkat 1...
bilik tgkt 1 ni hanye ade aku sebagai manusia..(mase aku taip post ni la)
yang lain hanyalah komputer,meja,kerusi..bla..bla..

aku sangat skema...aku x pasang lagu atau hiburan lain
untuk hiburkan ati di sini... sebab...aku dah dipenuhi
irama lemak merdu dari kawasan kejiranan..

bunyik orang gerudi, lain iramanya...
bunyik orang menukul, lain bunyiknye..
bunyik orang mencampak kayu, lain lagunya..
bunyik orang menarik besi, ngilu rasenye...

erm..kalo aku seorang komposer mungkin dah byk lagu-lagu
hit aku hasilkan...hehe..

p/s:bilik ini sangat sejuk...



Tuesday, May 25, 2010

putera yang dinantikan...


ahaks...tajuk tak tahan kan..
gile mengundang..haha..
putera mane lak yang nak dinantikan..

jeng..jeng..jeng...
putera mane lagi kalo bukan...

taraaaaa...aish..tak sabor nak tonton cite nih..
bakal ditayang pada 27hb May ini..(kalo x salah)
tapi sayang..aku tidak bisa..erm..
mungkin minggu depan..

jom rakan-rakan..jangan lupe tonton..

p/s:dulu mase kecik aku suke main game die..

panggilan broga.part III (last kot)


kali ni aku upload gambar aksi...
sile..sile..bukak mata...


p/s: please don't do these actions at home..at broga hill ok..hehehe

panggilan broga.part II


malas nak taip panjang-panjang..
tengok sajalah...hihi..





p/s: ade lagi gmbr bakal di upload..tungguuu..


Friday, May 21, 2010

bila ari khamis..


taraaaaa...salam jumaat sume.. seperti biase..
tuan tanah memang suke
ari jumaat..tapi kali ni..
bukan ari jumaat
yang ingin dicelotehkan di sini..tapi...
seperti tajuk di atas...hari khamis... jeng..jeng..jeng..

ape lah yang sebok sangat
nak diceritakan untuk ari
khamis ni tuan tanah wey..
haaa...
ni la aku nk story mory morning glory nih...

ari khamiss...setiap ari khamis..
rumah dara aku sangat meriah pada malamnya...
ini kerana osmate aku sume pulang ke rumah awal..
tu sume hasil penangan pasar malam kat bawah umah tuh ah..
termasuk diri aku, 6 orang manusia dalam umah yang indah itu..

meriah yang macam mane...haa..ni nak cite..
meriah dengan pelbagai makanan.. pelbagai aksi dan pelbagai masakan..
hehehe.. aku?bukan aku yang masak..bukan giliran aku la..
aku mmg tukang rase dan tukang tengok jek..

tuan tanah x pandai masak?
aish....biarlah "mereka-mereka" jek yang tau..
ecece..ye..aku tau aku poyo..haha...

tuan tanah malas?
a ah..malas nak amik tau ape yg dorang perang kat dapur..
tau-tau dah siap jek..hehe..

so..untuk ari khamis minggu ke tiga bulan may ni...
(semalam lah)..hehe..berikut la gambar2 yang sempat
ditembak ketika hendak makan...sila..sila..
seperti biase...hp 3230 yang x berapa nak mengancam hasilnye..
boleh lah..daripada xde kan..

pembuka selera: kopok lekor dan jagung..

nilah mangsa-mangsa kami semalam...

ikan kerisi - 4 ekor sahaja (goreng)

ikan kembung - 4 ekor sahaja (masak singgang)

udang - berekor ekor sahaja (goreng juge)

selamat dihidang dan sedia untuk di ngapp~

hehhehe..ade sorang dari kami beli durian..aku memang peminat fanatik dengan ini buah..

tadaaaaa...inilah makanan aku malam td..durian dibuat ala-ala tempoyak..tiada sayur ijau..hehe

kemudian....selepas makan..
rumah kami dimeriahkan lagi dengan tontonan tv..
tengok cite hantu..yang ganti cite Penunggu Gunung Raya tuh...
t
ajuknya.. ROH Kembali...kot...
seperti biase..episod awal-awal sungguh mengantukkan..
h
abis saje tayangan hantu tersebut...zassss~tdo la...
hujan rancak plak tuh malam...nikmat~~yang amat..

p/s: bangun pagi aku berebut ke tandas...

Tuesday, May 18, 2010

kerana ujan..

kerana ujan yang rancak..aku tersangkut di opis..
aku masih di opis tatkala sedang menaip utk post ini..
jam di desktop pukul 8.15 malam...bukan tak biase
duduk di opis di waktu ini..tapi untuk bulan ini..ini
kali pertama..terase begitu luar biase..hehe..

kerana ujan aku dah buat satu keputusan..
bukanlah keputusan yang melibatkan hidop
atau mati aku atau seseorang..hanya keputusan
saje-saje nak buat..mungkin kerana tiada ape
yang hendak dilakukan..jeng..jeng..jeng..
keputusan untuk mengemaskini meja kerjaku
yang dah xde ghupe meja sangat..inilah meja
untuk buat testing server,untuk jahanamkan server,
meja untuk minum milo,meja untuk makan biskut,
dan segala bendelah..aku tdo pon menggunakan meja nih..
tapi bukan di atasnye..di bawah..
ye..tdo di bwh meja..(lakukan bile tiade orang ye)..

sedikit santapan dari hasil tangan aku..
oh ye..meja yg berhias cantik dan berwarna warni..
itu bukan meja aku..meja aku biase jek..tidak seindah
meja gadis-gadis lain di opis ini..sila jamu mata anda..

Sebelum:


Selepas:


p/s: hasil tangan ini sangat ikhlas dari aku..btol..x tipu..hehe

panggilan broga..part I


salam sume...sudah seminggu tidak menulis di sini..
gara-gara desakan kehidupan yang menghalang..
arini aku ingin berkongsi akan sebuah cerita yang
hebat lagi menarik untuk dikongsi (bg aku la kan..)

cerita ini berlaku pada hari ahad lalu (16 May 2010)
bukan lah Hari Guru yang ingin aku bicarakan...
para pelakon pon bukanlah seorang guru..

seramai 9 orang ahli jemaah ke bukit broga..
(aku,tuan idi,azizi,ikmal,sudar,arveen,mamat (adik tuan idi),fiena dan mizi)..
konon-konon ingin mulakan pendakian pada pukul 7.30 pagi..
tapi apakan daya..kita hanya merancang..maka..8.30 pagi
jugalah mase yang telah ditentukan untuk aktiviti ini..

punyalah ramai kereta (banyaklah wey)..
sungguh!!seperti ade sarkas di ladang kelapa sawit..
atau mungkin seperti ada fun fair di situ (maaf tiada bukti)...
mmg amat jakun bagi aku (x tau la yang lain)..tiada pengakuan..

masa sampai tu jek..kami lihat dah ramai yang dah nak balik..
entah pukul berape la mereka sampai dan entah pukul berapa
la mereka naik..hanya mereka jek yang tau..(jangan tanye aku)..

bla...bla..bla..bla..aku malas nak cite panjang..
jamahlah sedikit gambar hasil editan dari
tuan idi (penolong ketua pengarah untuk projek ini)..
segala dialog di bawah ini hanyalah hasil daya kreatif
dari tuan idi sendirik..hehe..sila tengok..jangan tak tengok..




sumber: http://terchengang.blogspot.com/

p/s: gambar lain akan di upload kemudian..

Wednesday, May 12, 2010

nasib si pemotor tegar..

semalam..ade event kat hotel istana..
excited gak ah kan nak pegi..yelah..
dulu mase kecik2..aku main saidina..
hotel istana ni kire paling mahal ah kalo nak beli..
merase gak lah kan..nak jejak kaki kat sana..hehe..

maka aku pon bermotor la ke sana..
sebab tu jek pengangkutan yang mengangkut aku
ke sana ke sini skrg ni ah..nak pegi sane jek dah byk
cobaan dah..leh plak aku x jumpe-jumpe hotel tuh..adeih..
puas gak pusing-pusing..dengan keta bersepah sepah..
setelah berusaha lebih sikit..aku pon sampailah..

erm..pepepon..makan dulu ah kan..
ade makanan disediakan..sedap jek aku makan..
pastuh masuk..diorg pok pek pok pek bagai..
makan lagi (tea break)...pok pek pok pek lagi..
hahaa..makan lagi (lunch plak)..pek pok pek pok plak..

lpas tuh dalam kol 3 aku blah ah..ade kije lain yang aku nak
kene settlekan..x sempat lah aku nak layan ke pokpekkan dorang..
mase aku kuar tuh..mmg suasana mendung ah kan..aku hengat sempat
la kot nak smpi opis..hahahaa..tak sempat ghupenye..
tak smpi 1 km gerak..dah selamat ujan basahkan aku..

aku pon berteduh kat bus stop..btol2 ngadap pavillion..
alah..yang di bangga banggakan tu la..yg high class tmptnye..
aku dah pegi skali cukup la..dengan mak n adik aku, sini dan sini..
mmg high la wey..gayat aku..cukup ah skali tu kot..tak sesuai ngan
jiwa aku..chewah..jiwa konon..ok..gelak kan kepoyoan aku tuh..haha..

ade sikit buah tangan aku nak bg korang tengok..hehe..







aku x jeles pon kau,kau dan kau ni nak pandu keta ape..
tapi buleh tak kalo nmpk org tgh berteduh kat
tepi jalan tuh..bwk keta slow2..kami pemotor ni..
nak teduhkan diri dari air ujan yang suci..tapi..
korang..korang dan korang ni plak..suke suki ati
makcik sepupu jiran kampung korang mandikan
kitorg ngan air lopak yang kurang kesucian tuh..
bukan takat mandi jek..siap minum lagi..bukanlah
tak biase dengan suasana begini..tapi..aish..nak sound
sikit jek..bygkanlah kalo korang kat tmpt aku nih?
haa..dah bayangkan?best?nak lagi?bayangkanlah lagi..
haha..erm..so..korg pikirlah sendirik..ade neuron kan?

agak2 dah teduh sikit ujan tuh..aku pon naiklah
balik kudaku yang gagah dan berani nih..ujan
x berapa nk lebat..tp ade lah rintik2 skit..boleh
lah drpd td..angin pon x kuat mcm tadi..


si kachak~best kan name die...

sampai umah..aku g beli makngan (makanan ringan)..
bile main ujan nih..teringat mase skolah dulu..
balik skolah ujan..lalu basah dan singgah ke kedai
beli makngan..hehe..



hehe..dah settle makngan ni aku kerjakan..
aku plak ah yg bakal dikerjakan..tengok langit dah clear..
ujan dah benti..maka..bersiaplah aku ke ____________
(sila isi tempat kosong di ruang komen,kalo ade yang sudilah kan)..

oklah..tu jek soklan tuk arini..

p/s:sampai arini aku sejuk..hebat bukan?