Info mengenai misi ini
Gaza yang telah dikepung oleh Regim Yahudi Israel sejak Jun 2007 telah menyebabkan 1.5 juta warga Gaza kekurangan makanan, bahan api, ubat-ubatan dan peralatan untuk membina kediaman dan bangunan mereka yang runtuh akibat serangan Yahudi Israel laknatullah. Misi kemanusian yang disertai oleh 600 aktivis hak asasi manusia menaiki 6 buah kapal ke Gaza. Konvoi kali ini membawa membawa 5,000 tan bahan-bahan pembinaan semula, peralatan sekolah dan peralatan perubatan ke Gaza. Viva Palestina merupakan pertubuhan kebajikan yang terlibat dalam misi ini yang disertai oleh 50 negara, antaranya Malaysia, Indonesia, UK, US, Turki dan negara-negara Arab.
Update terkini misi bantuan kemanusiaan ke Gaza
31 Mei 2010
- Rakyat Malaysia yang menaiki kapal utama ‘Rachel Corrie’, satu daripada enam buah kapal selamat, selepas tentera Israel menaiki kapal Turki bagi menghalang konvoi itu.
- Al-Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya 15 terbunuh, kebanyakan mereka rakyat Turki, apabila tentera laut rejim Israel menyerang kapal Freedom Flotilla atau Armada Bantuan Kemanusiaan ke Palestin.
- Nasib seorang wartawan dan seorang jurukamera stesen televisyen Astro Awani dalam kapal Turki “Mavi Marmara” yang diserang tentera Israel pagi ini dalam misi bantuan ke Gaza, belum diketahui. Kali terakhir kedua-duanya menghubungi stesen televisyen itu ialah pada 7.45 malam tadi ketika kapal itu sedang berada dekat Gaza.
- Seramai 12 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada di atas kapal Mavi Marmara. Mereka dari HALUAN Palestin, Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Aqsa As Sharif dan Muslim Care, seorang wartawan dan jurugambar dari Astro Awani.
- Menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel, jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada hari Isnin 31 Mei.
- Para aktivis dibawa ke darat dan dipenjara di gurun selatan bandar Bersyeba selepas enggan memberi butir pengenalalan diri.
sumber: ohmalaysia.co
No comments:
Post a Comment