Tuesday, September 21, 2010

Jerih perih tahap satu aku dah lepas...

Alhamdulillah...berbekalkan lagu-lagu motivasi keluaran tempatan bagi mengobarkan semangat dan meningkatkan adrenalin lantas memaksa neuron-neuron aku bersambung hebat...akhirnye..aku berjaya habis mengarang proposal hingga perkataan terakhir...jerih perih weyh...mabuk aku...rase mual nak muntah..sumpah tak tipu...kalo masih bulan pose nih...memang dah harus berbuka dah...hehe...

tapi ni baru tahap pertama...masih banyak lagi tahap yang perlu aku hadapi dengan mualan senyuman...o ho...tahap seterusnye mesti tahap gaban die punye cabaran..macam mane nak tempuh pon aku tak tau..kalo aku ni ade kuasa minda luar biasa...selamba jek aku settelkan sume sambil kunyah durian...aku ni manusia syosyial biase jek..yang luar biasanya adelah aku buleh kunyah durian hingga ulas yang terakhir..kekeke..

nape aku kene dengar lagu? sebab aku nak motivasi diri supaya lebih rajin dan terus usaha la...aku ni cepat give up dan suke tangguh...dah le aku sorang je kat cubicle nih..so..itulah satu cara untuk aku terus celikkan diri..tapi for your information..ade banyak lagu yang boleh memotivasikan diri kita untuk lebih kental hadapi cabaran?meh aku listkan..siap dengan lirik aku bagi...aku memang murah hati...cewah..keke..

1. Yusri - Tertewas Lagi

Lihat kau termenung, bingung menyelubung
Hampa kecewa, di mana silapnya

Tak siapa mahu melihat kau berduka
Tak siapa mahu kau berputus asa

Mungkin belum masanya lagi
Oh bukakan hatimu untuk menerima
Cabaran kehidupan

Jangan menuding jari
Terutama ke arah diri sendiri
Telah diberi sepenuh hati
Namun nasib tak menyebelahi

Dan jangan rasa rendah diri
Kerna syukurlah bakat yang dikurniai
Dah jauh usaha bawa kau ke sini
Tak gune untuk dikesali

Moga ini pengalaman
Belajar dari kesilapan
Teruskan ke hadapan

Walau kau tertewas lagi
Tak bererti berakhir
Apa yang pernah diimpi

Takdir dah menjanji
Usaha kan diberkati
Gemilang akan menanti

Dah lumrah di dunia
Suara sumbang pasti akan kedengaran
Endahkan mudahnya berkata
Halamu bukan di tangan mereka

Tumpukan manakah kurangnya
Timbalah apa agar kan disempurna
Atasi dengan fikiran wajar
Cabaran yang datang menduga

Dalam perjalanan hidup
Adakala kau tersungkur
Jangan biar ia terkubur

Keyakinan kekunci mengatasi apa kelemahan diri
Pasti tiba nanti namamu bisa akan dijulang tinggi

2. Ella - Standing in the Eyes

Pahit getir hidup... dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...

3. Metropolitan - Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

4. Ella - Gemilang

Terjagaku dari tidur yang lena
Melangkah malas menuju jendela
Kabus menyelubungi subuh
Mengimbas segala kenangan yang lalu

Lautan luas telah ku renangi
Segala onak ranjau yang berduri
Tak kenal dan tak ku peduli
Ku terus mencuba
Kecapi hingga kini

Bersama-sama tempuhi segala
Walau jalanan masih jauh
Hanya kau dan aku yang tahu
Saat gemilang yang aku nantikan
Hampir menjelma di depan mataku
Ku percaya saatkan tiba
Hanya menunggu tika dan masa

Bersama-sama
Tempuhi segala
Saat gemilang akan tiba
Kan kita kecapi bersama
Sungguh aku berjanji
Dengan diriku sendiri
Untukku menggenggami
Ikhlas, sabar, benar

5. Faizal Tahir - Gemuruh

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

6. Kaza - Memburu Impian

Ku jejak
Jalan yang berliku
Membara jiwaku
Memburu impian

Ku renang lautan gelora
Biarpun tersadai
Di hujung dunia
Akan ku rempuhi segala rintangan
Biarpun rebah ku bangun sendiri

Akan ku genggam biarpun hitam
Menjadi milikku

Ku mula
Dengan langkah ini
Menuju sinaran yang abadi

aku bagi 6 lagu cukuplah eh...dah banyak la tuh kan...kang kalo aku bagi semua..makin berkurang la tahap usaha korang...hehe..nak cari and donlod lagu pon kene usaha la bai...kan?oklah..mau pulang ke rumah dan buat aksi guling...enjoy the songs k...mase karaoke jangan lupe nyanyi...kekeke..zasss..

p/s:malam ni ade open house...yezzzaaa...makan Free..gile kau tak pergi...hehe..

5 comments:

eazlye said...

sumer lagu xmenaikkan semangat akuh..hahaha...

tuan tanah said...

lagu untuk putus chenta lain la dok..hahaa..

Oh Malaysia said...

standing in the eyes n fikirkan boleh tu mmg betol2 bagi semangat..

tuan tanah said...

haaa...betol..betol..betol.. :D

eazlye said...

hahaha..
mmg r ngh putus2 chenta nih mmg layan lagu sadis2...