tapi ni baru tahap pertama...masih banyak lagi tahap yang perlu aku hadapi dengan
nape aku kene dengar lagu? sebab aku nak motivasi diri supaya lebih rajin dan terus usaha la...aku ni cepat give up dan suke tangguh...dah le aku sorang je kat cubicle nih..so..itulah satu cara untuk aku terus celikkan diri..tapi for your information..ade banyak lagu yang boleh memotivasikan diri kita untuk lebih kental hadapi cabaran?meh aku listkan..siap dengan lirik aku bagi...aku memang murah hati...cewah..keke..
1. Yusri - Tertewas Lagi
Lihat kau termenung, bingung menyelubung
Hampa kecewa, di mana silapnya
Tak siapa mahu melihat kau berduka
Tak siapa mahu kau berputus asa
Mungkin belum masanya lagi
Oh bukakan hatimu untuk menerima
Cabaran kehidupan
Jangan menuding jari
Terutama ke arah diri sendiri
Telah diberi sepenuh hati
Namun nasib tak menyebelahi
Dan jangan rasa rendah diri
Kerna syukurlah bakat yang dikurniai
Dah jauh usaha bawa kau ke sini
Tak gune untuk dikesali
Moga ini pengalaman
Belajar dari kesilapan
Teruskan ke hadapan
Walau kau tertewas lagi
Tak bererti berakhir
Apa yang pernah diimpi
Takdir dah menjanji
Usaha kan diberkati
Gemilang akan menanti
Dah lumrah di dunia
Suara sumbang pasti akan kedengaran
Endahkan mudahnya berkata
Halamu bukan di tangan mereka
Tumpukan manakah kurangnya
Timbalah apa agar kan disempurna
Atasi dengan fikiran wajar
Cabaran yang datang menduga
Dalam perjalanan hidup
Adakala kau tersungkur
Jangan biar ia terkubur
Keyakinan kekunci mengatasi apa kelemahan diri
Pasti tiba nanti namamu bisa akan dijulang tinggi
2. Ella - Standing in the Eyes
Pahit getir hidup... dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah
Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"
Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...
3. Metropolitan - Fikirkan Boleh
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh
4. Ella - Gemilang
Terjagaku dari tidur yang lena
Melangkah malas menuju jendela
Kabus menyelubungi subuh
Mengimbas segala kenangan yang lalu
Lautan luas telah ku renangi
Segala onak ranjau yang berduri
Tak kenal dan tak ku peduli
Ku terus mencuba
Kecapi hingga kini
Bersama-sama tempuhi segala
Walau jalanan masih jauh
Hanya kau dan aku yang tahu
Saat gemilang yang aku nantikan
Hampir menjelma di depan mataku
Ku percaya saatkan tiba
Hanya menunggu tika dan masa
Bersama-sama
Tempuhi segala
Saat gemilang akan tiba
Kan kita kecapi bersama
Sungguh aku berjanji
Dengan diriku sendiri
Untukku menggenggami
Ikhlas, sabar, benar
5. Faizal Tahir - Gemuruh
Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
6. Kaza - Memburu Impian
Ku jejak
Jalan yang berliku
Membara jiwaku
Memburu impian
Ku renang lautan gelora
Biarpun tersadai
Di hujung dunia
Akan ku rempuhi segala rintangan
Biarpun rebah ku bangun sendiri
Akan ku genggam biarpun hitam
Menjadi milikku
Ku mula
Dengan langkah ini
Menuju sinaran yang abadi
Ku jejak
Jalan yang berliku
Membara jiwaku
Memburu impian
Ku renang lautan gelora
Biarpun tersadai
Di hujung dunia
Akan ku rempuhi segala rintangan
Biarpun rebah ku bangun sendiri
Akan ku genggam biarpun hitam
Menjadi milikku
Ku mula
Dengan langkah ini
Menuju sinaran yang abadi
aku bagi 6 lagu cukuplah eh...dah banyak la tuh kan...kang kalo aku bagi semua..makin berkurang la tahap usaha korang...hehe..nak cari and donlod lagu pon kene usaha la bai...kan?oklah..mau pulang ke rumah dan buat aksi guling...enjoy the songs k...mase karaoke jangan lupe nyanyi...kekeke..zasss..
p/s:malam ni ade open house...yezzzaaa...makan Free..gile kau tak pergi...hehe..
5 comments:
sumer lagu xmenaikkan semangat akuh..hahaha...
lagu untuk putus chenta lain la dok..hahaa..
standing in the eyes n fikirkan boleh tu mmg betol2 bagi semangat..
haaa...betol..betol..betol.. :D
hahaha..
mmg r ngh putus2 chenta nih mmg layan lagu sadis2...
Post a Comment