Friday, October 29, 2010

makan bersama Raja Lili

Sedang aku fokus dan bersungguh membaca artikel walaupun diselangi dengan berfacebook..Raja Lili tegur aku di YM...bertanya kabar la kononnya...sudah lama tidak bertemu..pertemuan terakhir adalah pada hari raya..tapi bukan hari raya tahun ini...tahun lepas..

setelah beberapa ayat manis diutarakan...dan beberapa cerita diceritakan...Raja Lili memberi cadangan untuk makan tengah hari bersama..tempatnya di food court universiti swasta yang pernah dihadiri beliau..ingin mengimbas kenangan lalu dan untuk melepaskan rindu katanya...Raja Lili...berjiwa rakyat la tuh kononnya...cess..

selain itu..cadangan untuk mengajak ahli lain juga telah diutarakan...seperti mengajak Ain binti Shaari kerana Ain binti Shaari tidak jauh lokasi kerjanya dengan lokasi makan-makan..tapi apakan daya Ain bte Shaari adalah orang penting di syarikatnya lalu tidak dapat menghadirkan diri kerana perlu menghadiri mesyuarat...tidak sanggup pula kami untuk mempertaruhkan kerjaya Ain bte Shaari dengan memberi cadangan kepadanya supaya berlakon sakit perut..

sempat juga aku berYM dengan Mek Lala menyatakan perjumpaan aku dan Raja Lili akan dilaksanakan beberapa jam sahaja lagi...cemburu la Mek Lala akan perkhabaran itu..mungkin menangis tersedu sedan di depan komputernya..sudah pasti Mek Lala tidak dapat sertai kerana lokasinya jauh beribu batu dan pelbagai halangan perlu ditempuh..itu belum termasuk jumlah raksasa yang perlu dipujuk dan diberi aiskrim....maafkan aku Mek Lala...next time ok...

kini tibalah waktu makan tengah hari..Raja Lili mengambil aku di Kolej..dan kami terus menuju ke food court yang berkenaan...maklum sahajalah...food court tersebut berdepan dengan masjid..hari ini pula hari Jumaat...memang meriah dengan manusia lebih-lebih lagi kaum Adam..feewit..semestinya dari bukan aku..sudah tentu dari Raja Lili...

kami memilih nasi beryani ayam sebagai santapan kami...aku air limau ais dan Raja Lili memilih teh o ais..inilah Raja Lili yang kurang selera tekaknya...orderlah fresh orange ke,epal ke,tembikai...buleh aku tumpang sedut sedikit...hihi..

alah...kalo dah berdua tidak berbual dan tidak berborak..lebih baik tapau makan sorang-sorang kat umah..ye dak?...sebab tu kami bersembang macam kedai itu kami yang punye..sedang Raja Lili bergelak ketawa dengan hasil lawak setengah sen aku...aku cakap kat Raja Lili..

"Wahai Raja Lili...janganlah Raja Lili gelak kuat-kuat...sebab nanti aku kene tangkap dan dimasukkan ke dalam van hitam",ujar aku..

Raja Lili terkejut dan lantas bertanya..

"Haaahh!!??kenapa pulak",soalan dari Raja Lili

"Sebab aku diperlukan la...", jawab aku selamba

"Diperlukan untuk??",soalan kedua dari Raja Lili

"Untuk Raja Lawak musim ke 5, ko tengok tak iklan dekat Astro??",balas aku

"Hahahahhaahhahahahahahahahahahahahhahahahahahahhaahahhahahaha.........", mengilai ngilai hilai tawa Raja Lili..

"Dah...jom balik!!", aku bingkas bangun

sume kaum Adam tengok arah aku sebab hilai tawa Raja Lili..kejadahnye...blushing la...kekeke..

p/s:itu baru sorang...kalo ade Ain binti Shaari dan Mek Lala...tambah lagi dengan Yang binti Kamil..aishhhh..memang kene masuk van hitam la..kekeke

Join The Walk


WORLD HUNGER


p/s:aku dah daftar...so arini kumpul tenaga nak berjalan kaki 5 km esok...hihi...

Thursday, October 28, 2010

Anda telah mengalami ketagihan internet yang kronik bila.....

1. Anda menulis alamat rumah anda semasa mengisi apa-apa borang dengan alamat email atau url blog anda.

2. Loceng di rumah anda bertulis “Click here to continue”

3. Pintu bilik mandi anda bertulis “WARNING: This website contains explicit adult material, please verify your age”

4. Anda menanyakan apakah ada email baru untuk anda kepada Posmen.

5. Ketika bertemu dengan rakan lama anda akan berkata: lu g mana? gua “ping” pesal ‘no reply’?

6. Anda menggunakan Google untuk mencari anak anda yang sudah tiga hari tidak pulang ke rumah.

7. “Unable to locate your server!” kata Anda ketika menerima telefon yang tersalah dail.

8. Anak-anak Anda diberi nama Ajoi.gov supaya dia jadi pegawai kerajaan atau Ajoi.edu supaya dia jadi mahasiswa nanti.

9. Anda susah menggerakkan jari anda kerana anda sudah online selama 36 jam.

10. Ketika kereta anda terlepas simpang , yang pertama anda cari adalah tombol UNDO.

11. Anda memperkenalkan diri sebagai: youremail@… atau .domain.com

12. Anda keluar dari komuter dengan berkata “request time out!!!”

13. Ketika hidup anda mengalami stress, anda akan terfikir mengapa tubuh anda tidak dilengkapi dengan tombol Ctrl-Alt-Del.

14. Ketika anda sedang bersama dengan isteri, pintu bilik anda ada tulisan “you don’t have permission to access it”.

15. Ketika cinta anda ditolak awek anda selalu berkata “This program is not responding” sambil geleng2 kepala.

16. Jika ada orang lain yang mendekati awek anda, anda berkata kepada mamat tersebut “Sorry This Page Has Been Owned By ….”


sumber rujukan:www.isuhangat.net


p/s:aku suke bab "ping" and "no reply" tuh..kekeke

Restoran MonRods - kelainan jadi sebutan

semalam 27hb kan?...serta merta bank akaun yang negatif bertukar kepada positif..aura badan yang dipenuhi dengan cas negatif juga turut serta menjadi cas positif..al maklumlah...hasil membanting tulang untuk sebulan sudah dibayar..

maka..

selera tekak terus mengada-ngada mintak makan di kedai berdinding kaca...dan kami telah memilih kedai Restoran MonRods yang telah dibuka di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi..sudah tentu bukan aku yang cadangkan...berape sangatlah ilmu yang aku ada akan perihal kedai makan di Bangi nih..osmate aku yang bawak..i follow aje...hihi..

mujur proses pencarian kedai itu dipermudahkan..tidak sempat kami sesat sudah ketemu itu kedai..kemudian...aku malas nak taip..korg tengok jek lah gambor ye..

ini bukan poster ye...ini buku menunya..
ini no giliran meja kami..
orang kanan (BUKAN osmate) dan kiri sedang sebok ber"BB"...
minuman kami sudah sampai..
Nasik Goreng ala Monrods...dalam mangkuk itu adalah paprik
campur ya...rate aku.. 5.5
fish and chipnye
chicken chop blackpepper nye..
inilah dinner set aku untuk malam tadi..hihi

tapi tempatnya memang santai..selesa...tidak melemaskan..nyamannnnn jek..sampai tak sedar dah pukul 11 malam..Alhamdulillah...semalam osmate belanja..semoga murah rejeki selalu ya osmate..kalo sesiapa nak cuba makan disini..buleh cuba..makanan westernnye buleh tahan jugaks...

oklah ya...sekian saja dari saya..kembali ke sri pentas bertugas..

p/s:terima kasih osmate..bulan depan leh banje lagi...kekeke..

Wednesday, October 27, 2010

petang hari...

bila petang hari...
aku rasa bengang...

bila petang hari...
fikiran melayang-layang

bila petang hari..
idea tak nak datang...

bila petang hari..
otak jadik bangang..

bila petang hari...
tangan dan kaki jadi kejang..

bila petang hari...
mata tak nak bagi peluang

bile petang hari...
masa untuk pulang...

bila petang hari...
hati kembali riang....

p/s:lagi 2 minit aku nak chow...yahooo....

kerenah anak buah 3

ketika aku keluar bersyosyial bersama Afiq dan Insyirah...

ketika menunggu traffic light bertukar hijau...tiba-tiba kedengaran lagu

"Adam...Stacy...Bergabunggg...Meletup..."


ahh...anak sedara aku 2 orang ini memang suka menyanyi...bukan takat menyanyi...setiap iklan di tv pon dorang hafal...

habis saja lagu tersebut..

"Betol kan dik?", kata Afiq pada adiknye..

"Aah", jawab nya sambil angguk-angguk..

"Ape yang betol?",tanye aku..

"Muka cik jijot macam muka Adam AF", jawab si adik...

p/s: tidak syak lagi...aku memang kacak...hehe..

Sunday, October 24, 2010

kerenah anak buah 2

ini kisah Ammar, abang kepada si kecik Afif.. Kesah ini berlaku sebelum tau kewujudan Afif dalam kandungan akak ku..

=============================================

Kejadian berlaku di rumah...ketika minum petang sambil borak-borak perihal keluarga..Kami bercerita tentang akak aku yang no 2 baru melahirkan anaknya yang ketiga..ketika kami berborak..perkataan "adik" memang selalu di sebut-sebut..

tiba-tiba...Ammar bersuara...


"Mama, belilah adik untuk Ammar kat Giant"



p/s:payah jugak akak aku nak explain...hihi..

Friday, October 22, 2010

perasaan..

perasaan bercampur baur meningkatkan kerunsingan otak..
perasaan yang gusar membuat perasaan tidak selesa..
perasaan gelisah melebihi keyakinan diri memang BUKAN satu kondisi yang baik
perasaan yang curiga lebih kepada permainan hati semata..

perasaan?
ahhh...sukar dikenalpasti..

perasaan takut umpama kiamat pada esok hari
perasaan kecewa dibiarkan sahaja
perasaan benci baik dijauhi
perasaan dendam jangan diidam

perasaan?
ahhhh...payah dikenali

perasaan yang risau buleh membuat seseorang menjadi sasau..
perasaan cinta?ahhhh...lebih kepada angauuu...
perasaan turun naik bagai roda yang berputar ligat..
perasaan memang tidak pernah di taraf yang stabil..

seperti IMAN di dada...ade pasang surutnya..

keIMANan dan keTAKWAan di HATI
semoga kekal sampai MATI...

Ape sahaja PERASAAN yang datang mengetuk pintu hati...
BERSYUKUR itu perlu....kerana PERASAAN itu juga satu NIKMAT yang diberi...



Friday, October 1, 2010

menunggang dengan fesyen baju kurung..

salam sume...

ari ini ari jumaat...ari ini dekat COIT ade jamuan raya..bile sebut pasal jamuan raya...maka kenelah berbaju raya..dan of cozlah baju raya adelah baju kurungggg...kan?..maka berbaju kurung lah aku menunggang si kachak aku tuh...pergh...mencabor betol le...dah lame aku tak amalkan fesyen baju kurung ketika menunggang nih...

naik motor...pakai baju kurung..mak aihh..korang tau la kan gayanye...memang terang lagi bersuluh kain terselak hingga ke betis kaki...memang tidak la aku nak tayang betis..so..aku pakai seluar panjang kat dalam kain...kekeke...dan terus aku teringat waktu aku amik exam PMR dulu...

--------------------------------------------------

mase exam PMR dulu..lepas abis jek satu paper...ade rehat kan?agak lame gak kan rehatnye..untuk budak-budak normal mesti waktu rehat tu dorang akan selak buku untuk paper yang seterusnya...aku syak mase aku amik exam PMR tu aku ngan kawan aku (wanie dan yanna) ni tak berapa nak normal pemikirannye la..hehe..

kami punye tempat exam di luar dewan serbaguna..waktu rehat...kami masuk dalam dewan serbaguna..amik bola takraw...dan...sesi menimbang bola takraw dijalankan...hehehe..track suit memang dah sedia pakai dalam kain..serupa fesyen aku naik motor arini...kekeke..begitulah kami dari hari pertama exam PMR sampai la tamat exam...hahaha..kelakor btol le kalo diingatkan balik...

mujur..keputusan kami bertiga takde paper yang gagal...kalo lah ade...mesti fobia tengok bola takraw sekarang...hehehe..so..itulah gaya idop aku mase exam PMR..kekeke..korang ade?aku paham sangat korang ni budak skema...kekeke..jangan mare ah..

-----------------------------------------------

sumbangan dari atok Google..


kadang-kadang aku ade keinginan nak buat aksi macam ni...hehe.

aku harap aku tak menunggang sampai ke tua..
gile havoc nenek nih punye motor...hehe..
budak ni dah besor mesti jadik stuntman nih..hehe

p/s:persediaan mental aku agak kuat arini...nak makan banyak-banyakkkkk...hihi