setelah beberapa ayat manis diutarakan...dan beberapa cerita diceritakan...Raja Lili memberi cadangan untuk makan tengah hari bersama..tempatnya di food court universiti swasta yang pernah dihadiri beliau..ingin mengimbas kenangan lalu dan untuk melepaskan rindu katanya...Raja Lili...berjiwa rakyat la tuh kononnya...cess..
selain itu..cadangan untuk mengajak ahli lain juga telah diutarakan...seperti mengajak Ain binti Shaari kerana Ain binti Shaari tidak jauh lokasi kerjanya dengan lokasi makan-makan..tapi apakan daya Ain bte Shaari adalah orang penting di syarikatnya lalu tidak dapat menghadirkan diri kerana perlu menghadiri mesyuarat...tidak sanggup pula kami untuk mempertaruhkan kerjaya Ain bte Shaari dengan memberi cadangan kepadanya supaya berlakon sakit perut..
sempat juga aku berYM dengan Mek Lala menyatakan perjumpaan aku dan Raja Lili akan dilaksanakan beberapa jam sahaja lagi...cemburu la Mek Lala akan perkhabaran itu..mungkin menangis tersedu sedan di depan komputernya..sudah pasti Mek Lala tidak dapat sertai kerana lokasinya jauh beribu batu dan pelbagai halangan perlu ditempuh..itu belum termasuk jumlah raksasa yang perlu dipujuk dan diberi aiskrim....maafkan aku Mek Lala...next time ok...
kini tibalah waktu makan tengah hari..Raja Lili mengambil aku di Kolej..dan kami terus menuju ke food court yang berkenaan...maklum sahajalah...food court tersebut berdepan dengan masjid..hari ini pula hari Jumaat...memang meriah dengan manusia lebih-lebih lagi kaum Adam..feewit..semestinya
kami memilih nasi beryani ayam sebagai santapan kami...aku air limau ais dan Raja Lili memilih teh o ais..inilah Raja Lili yang kurang selera tekaknya...orderlah fresh orange ke,epal ke,tembikai...buleh aku tumpang sedut sedikit...hihi..
alah...kalo dah berdua tidak berbual dan tidak berborak..lebih baik tapau makan sorang-sorang kat umah..ye dak?...sebab tu kami bersembang macam kedai itu kami yang punye..sedang Raja Lili bergelak ketawa dengan hasil lawak setengah sen aku...aku cakap kat Raja Lili..
"Wahai Raja Lili...janganlah Raja Lili gelak kuat-kuat...sebab nanti aku kene tangkap dan dimasukkan ke dalam van hitam",ujar aku..
Raja Lili terkejut dan lantas bertanya..
"Haaahh!!??kenapa pulak",soalan dari Raja Lili
"Sebab aku diperlukan la...", jawab aku selamba
"Diperlukan untuk??",soalan kedua dari Raja Lili
"Untuk Raja Lawak musim ke 5, ko tengok tak iklan dekat Astro??",balas aku
"Hahahahhaahhahahahahahahahahahahahhahahahahahahhaahahhahahaha.........", mengilai ngilai hilai tawa Raja Lili..
"Dah...jom balik!!", aku bingkas bangun
sume kaum Adam tengok arah aku sebab hilai tawa Raja Lili..kejadahnye...blushing la...kekeke..
p/s:itu baru sorang...kalo ade Ain binti Shaari dan Mek Lala...tambah lagi dengan Yang binti Kamil..aishhhh..memang kene masuk van hitam la..kekeke
4 comments:
kenape nama aku yg cantik itu menjadi mek lala whi kudos?
nama manja baru untuk ko..hahaha...
Hahah...Raja Lily tak penah tengok iklan astro rupenye...Mungkin beliau sungguh sebok dengan kerjaya beliau
bagus tul nama aku siap ngn nama abah aku..bangga seh...hahah..sunggoh2 sori tau..next time kita jmpa lg deh...
Post a Comment