ini kesah semalam...macam-macam perkara yang dirancangkan..tidak kira tentang makan atau tentang pekerjaan..tapi kali ini..izinkan aku bercerita tentang rancangan sesi makan-makan..
makan pagi:
aku dan pensyarah dari Balakong merancang ingin bersarapan pada pukul 11.30..ok..aku tau..bukan sarapan namanya kalo dah 11.30...tapi atas kepadatan jadual mengajar beliau..maka 11.30 masa yang dipilih..tapi akhirnya, kami bersarapan pada pukul 9.40 pagi..
tengah hari:
ari Jumaat,tempoh rehat makan tengah ari memang lama..aku, pensyarah dari Johor dan pensyarah dari Perak ke The Mines..bukanlah semata mata untuk makan kami ke sana..pensyarah dari Johor ingin ke Challenger untuk membeli gadget computer yang sudah lama diimpikan...tapi..sebelum ke Challenger..kami perlu pastikan perut kami diisi supaya perut ini tidak cemas ketika sibuk memilih gadget nanti..
aku dipertanggungjawabkan untuk menentukan menu makan...seperti biase..kadang-kadang otak ni kedekut untuk berkongsi idea..lalu aku ambil jalan mudah, makan nasik..maka arah ke Food Court di cari..dalam perjalanan..mata ternampak McD bersama poster-poster burger baru keluaran McD iaitu GCB..tunas rasa dah mula rasa bukan-bukan..lantas idea makan nasik bertukar untuk makan GCB..
lalu kami ke kaunter tempahan...otak dah set ingin makan GCB..tapi mata terlihat Big Mac dan mulut lebih ikut kata mata...Big Mac set Large ditempah..dasar pengikut nafsu makan..tapi aku makan habis la..ok..aku memang kuat makan..eleh..bukan aku mintak korang bayarkan untuk aku pon..hehe
"haishhhh budak nih..kejap nasik..kejap GCB...ni ape hal Big Mac?"..kata pensyarah dari Perak..aku?senyum, bukak kotak Big Mac dan ambik bauuuuu...hehe..ok..aku malas nak cite perasaan itu bagaimana rupa..tapi aku rasa bahagia..haha..
makan malam:
aku merancang untuk berhenti mengunyah malam tadi...tapi..sedang aku melayan cerita "Half Man Half Tree" di Discovery channel..henpon 3230 bergetar sebagai isyarat satu mesej sampai..zorro rakan lama aku baru pulang dari Terengganu..beliau ajak aku makan di "syurga"..nama penuh kedai itu.."Kembangan Paradise"..maka..kunyah lah aku malam tadi...oh ya..kunyah dengan bersungguh-sungguh ya..sekian..
p/s:rancangan hari ini untuk makan FREE harap-harap MESTI BUAT...hehe..
No comments:
Post a Comment