Monday, May 3, 2010

masa lepas..

haha..apehal si tuan tanah asyik hapdate blog
je..arini jek dah masuk 3 post yang dikarutkan..
kire bayar balik lah hari-hari yang aku tak post..
ok..berbalik pada tajuk yang dipilih..

masa lepas atau bahasa penjajahnya, history atau
dalam grammar dikategorikan sebagai past tense...
erm..sume orang ade cerita mereka masing-masing di masa lepas..
ade yang menariks untuk di ceritakan..ade yang lebih
elok jika dilupakan sahaja..anggap ia tidak pernah
berlaku...ada yang manis seperti cendol terlebih gula
melaka, ada yang pahit seperti biji kopi..ada yang indah
bagaikan pemandangan di tepi pantai..ade yang punah bagai pantai di
landa tsunami..itulah masa dan ketika pembelajaran bermula..
belajar akan ilmu kehidupan..ilmu duniawi mungkin..

erm..bile jumpe rakan lama..
kenangan lepas akan diceritakan..
kenangan lepas yang digelakkan..
kenangan lepas yang dikenangkan..
kenangan lepas yang mengeratkan..

mengeratkan kembali hubungan yang terputus..

seronok bile berkumpul semula dengan rakan-rakan
sekolah rendah maupon sekolah menengah...

cerita mengenai kejadian rosakkan motor cikgu dibangkitkan..
cerita mengenai cabut kelas untuk bermain kompang diungkitkan..
cerita mengenai meletakkan bedak dan colgate di rambut budak junior ketika
mereka sedang tido dikantoikan..
cerita mengenai tido di bumbung hostel pada bulan puasa di kenangkan..
cerita mengenai menjadi 'special' guard di bumbung menjaga line diabadikan..
cerita mengenai didenda warden digelakkan..
1001 satu kesah cerita dibualkan dan diceritakan..
dari awal perjumpaan sampai nak balik..
itu sahaja yang dibualkan..

masa lepas....

kalo lah diberi peluang ke masa lepas...

ape yang mau diubah?

p/s:sila tonton cerita 17 Again..menariks.. :)



No comments: