Wednesday, July 14, 2010

10 pesanan dari...

sedang aku kebohsanan dan keletihan selepas mengemas kotak-kotak hakak aku yang bakal berpindah arini, aku online sebentar...seperti biase..berfacebook..berym dan bermacam-macam la...mencari-cari info...info perihal duniawi sudah tentu....xdelah aku seperti katak di bawah tempurung kalo orang lain bercerita..hehe...sebokkan diri mengambil tau akan hal warga Malaysia..acap kali berita yang sama...isu rogol, buang bayi, dadah dan politik...bohsan..dan ketika menggoogle...aku terbaca satu rencana yang buat aku berpikir sejenak lantas membuat keputusan ingin berkongsi bersama korang...pesanan untuk diri aku sendiri jugak..semoga kita semua saling pesan memesan dan saling mengingati..insyaAllah...

Berikut rencana tersebut:

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat Islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara":
  1. Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yang ada. (usaha la jijot)
  2. Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH
  3. Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.
  4. Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
  5. Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.
  6. Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
  7. Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
  8. Hak kpd Ridhzuan(malaikat penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.
  9. Hak kpd Nabi Muhammad SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.
  10. Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
sekian....

p/s: usaha lif kejayaan... :D

No comments: