Friday, June 18, 2010

sejarah bakal berulang?

bukan sejarah idop aku yang nak dicontengkan kali ni..
semalam selepas solat maghrib..henpong 3230 aku
berlagu riang tanda ade panggilan masuk..
tertulis di screen...

yags-zorro..

ooo..rakan pendek aku mase di sekolah rendah..
oh ya..sekarang beliau bekerja di ISN ye kawan-kawan..
dan secara langsung atau tidak beliau memang mengambil
bahagian dalam SUKMA di Melaka kali ni..bukan
sebagai atlit..tapi sebagai pegawai..bukan pegawai polis..
ntah pegawai ape pon aku x tau la..haha..

bukan rakan aku yang nak aku kepohkan di sini..
tapi tahap pencapaian Hoki Wanita Johor yang
nak aku kecohkan..rakanku zorro menyatakan bahawa
negeri kami, JOHOR telah berjaya masuk ke perlawanan akhir..
yezzzaaa...JOHOR masuk final setelah mengalahkan
Pulau Pinang 1-0 pada perlawanan separuh akhir semalam..

untuk pengetahuan anda yang kurang tau ye..
JOHOR pernah menjadi JOHAN pada SUKMA SABAH
tahun 2002..dan tanpa segan silu aku tulis kat sini..
mase tuh aku lah salah seorang pemainnye ye..kehkehkeh...

perlawanan akhir akan berlangsung pada pukul 6 petang arini..
kalo ikut ati den yang muda remaja nih..nak aje aku cabut lari
dari opis lantas ke Melaka untuk menyumbangkan suara
untuk meyokong pasukan JOHOR ni..tapi apakan daya..
aish...aku wakilkan kawan aku jeklah tengokkan dan
memberi sokongan..aku sokong dari jauh jek sudey..

perlawanan akhir Hoki Wanita SUKMA ke 13


JOHOR

vs

PAHANG


siapa pilihan anda?adekah sejarah 2002 bakal berulang??

tunggggguuuuuuuuuuuuuu..................................

sedang sume manusia di Malaysia
ini ghairah dan taksub dengan piala dunia..
amik tau la sikit akan Sukan Malaysia (SUKMA)
yang berlangsung di Melaka..chewah..hehe


p/s: semoga JOHOR menang!!!yeayyyy!!

No comments: